Hewlett-Packard Mengeluarkan Arahan Pemulangan Bateri Komputer Riba

Beberapa model komputer riba dari Hewlett Packard (HP) dipercayai berpotensi mengundang bahaya kebakaran. Perkara ini membuatkan HP mengeluarkan arahan pemulangan bateri komputer riba yang dipercayai punca permasalahan ini.

Arahan pemulangan ini tertaluk kepada pelanggan yang membeli produk komputer riba dari Disember 2015 hingga Disember 2017 bagi melihat samada produk mereka terlibat dengan bahaya kebakaran.

HP berkata bateri dari tempoh masa tersebut mempunyai potensi untuk menjadi terlalu panas atau 'overheat' dan boleh mengakibatkan kebakaran.

Kebanyakkan bateri ini dipasang ke dalam komputer riba dan membuatkan kerja-kerja gantian bateri perlu dilakukan oleh pihak HP sendiri.

HP berkata bateri yang terjejas itu hanya melibatkan peratusan yang kecil dari tempoh 2 tahun tersebut.

Sistem yang terjejas adalah seperti berikut:

HP ProBook (64x G2 dan G3, 65x G2 dan G3

HP x360 310 G2

  • HP ENVY m6




  • HP Pavilion x360




  • HP 11 notebooks




  • HP ZBook (17 G3, 17 G4, Studio G3)




HP menambah yang kerja gantian bateri ini akan dilakukan oleh pihak mereka dengan percuma. Mereka tidak menyatakan apa yang menyebabkan bateri ini bermasalah cuma menyatakan sesetengah pembekal bateri mereka yang menyebabkan bateri tersebut bermasalah.

Untuk melihat maklumat lebih lanjut, boleh klik di SINI