Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Helmet Pokemon Go Pertama Di Dunia

Helmet Pokemon Go Pertama Di Dunia

Diterbitkan Ogos 17, 2016 · Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Helmet Pokemon Go Pertama Di Dunia

Walupun baru sebulan permainan
Pokemon Go dilancarkan tetapi sudah banyak berita tentang kemalangan yang kita
lihat. Pemain terlampau leka mengejar pokemon idaman mereka tanpa memikirkan
tentang keadaan sekeliling. Ada yang bermain ketika menunggang basikal mahupun
motorsikal. Lebih teruk lagi, bermain ketika sedang memandu kereta  di jalan raya yang sesak.

Simone Giertz, seorang pencipta
robot telah mendapat ilham untuk mencipta sebuah helmet yang berupaya menjadi
pelindung kepala dan juga memegang telefon pintar. Pemain boleh mengawal
permainan tersebut tanpa menggunakan tangan dengan cara meletakkan telefon
pintar pada pemegang yang bersambung dengan helmet. Pemegang tersebut boleh
diubah arah samada atas, bawah, ke hadapan dan juga rapat ke muka anda.

“Anda boleh menangkap pokemon
dengan muka ataupun lidah!” kata Giertz. Tambahnya lagi, dia tidak berhasrat
untuk menjual helmet peliknya itu kerana helmet itu membuatnya kelihatan
seperti seorang yang bodoh.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY