Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Helikopter Nasa Berjaya Diterbangkan Dan Mendarat Di Marikh

Helikopter Nasa Berjaya Diterbangkan Dan Mendarat Di Marikh

Diterbitkan April 20, 2021 oleh ariff bukhari

Semalam merupakan detik bersejarah kepada Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) apabila mereka telah berjaya mendaratkan helikopter pertama mendarat di planet Marikh.

Helikopter yang dinamakan sebagai Ingenuity itu menjadi helikopter pertama diterbangkan dan mendarat di planet lain yang dikawal secara jauh dari Bumi.

Kejayaan penerbangan dan pendaratan Ingenuity itu telah dirakam menerusi kenderaan pemerhati NASA di Marikh.

Ingenuity merupakan salah satu daripada projek demonstrasi teknologi NASA yang berukuran 49 sentimeter tinggi tetapi tidak dilengkapi dengan sebarang instrumen sains.

Sebaliknya ia hanya dilengkapi dengan beberapa teknologi lain serta mesin roto seberat 1.8kg sebagai demonstrasi sama ada ekplorasi di planet merah pada masa akan datang dapat dilakukan secara penerbangan yang dikawal secara jauh.

Ingenuity telah dilancarkan ke Marikh pada 30 Julai 2020 lalu yang disambungkan bersama Rover Pemerhati NASA. Kedua-duanya selamat mendarat di Marikh pada 18 Februari 2021.

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY