Headspace - Fungsi Baru Dalam Aplikasi Snapchat, Tanda Sokongan Bagi Masalah Kesihatan Mental

Pada Isnin yang lalu, Snapchat baru sahaja melancarkan aplikasi mini pertamanya yang mempunyai fungsi meditasi dari aplikasi 'Headspace'. Ia adalah fungsi baru dalam aplikasi sebagai tanda sokongan bagi pengguna Snapchat yang mengalami masalah kesihatan mental dan juga emosi.

https://youtu.be/qye-qIdwV8M

Snapchat telahpun mengumumkan tentang pelancaran Headspace di Virtual Partner Summit pada bulan Jun. Headspace adalah aplikasi dari produk baru mereka iaitu 'Snap Mini', yang boleh digunakan dalam sembang bersama rakan-rakan.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Snapchat, perasaan kegelisahan, kemurungan, tekanan, dan cabaran kesihatan mental adalah tinggi di kalangan penggunanya. Snapchat juga mendapati bahawa golongan ini biasanya ingin beralih kepada rakan mereka terlebih dahulu ketika berhadapan dengan perasaan tersebut.

headspace

Oleh sebab itu, meditasi dalam sembang ini adalah salah satu cara untuk mendorong persahabatan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain selain dapat dilakukan bersama-sama.

Headspace Mini telah direka khas dalam aplikasi Snapchat sendiri. Maka, pengguna Snapchat tidak perlu memuat turun atau melanggan aplikasi Headspace untuk mengakses fungsi meditasi ini.


Pengguna dapat mengakses Mini dalam sembang dengan mengklik ikon roket di bahagian bawah layar, yang akan memulakan sesi Headspace dalam Snapchat. Pada waktu yang sama, orang-orang yang mereka sedang berbual bersama juga boleh klik untuk sertai sesi tersebut.

Setelah pengguna membuka satu sesi, terdapat enam meditasi berduasi tiga hingga empat minit untuk dipilih: "Just Breathe," "Get out of a funk," "Kick the panic," "Be nice to you," "Pressure to succeed," dan "Me time." Jika anda lebih selesa untuk bermeditasi secara solo, anda hanya perlu taip "Headspace" di bar carian untuk menggunakannya.

headspace

Pada bulan Mac, Snapchat telah merasmikan fungsi 'Here for You' untuk membantu pengguna yang mengalami tekanan disebabkan pandemik coronavirus. 















Berkaitan