Headset VR Bingo G-200 Dengan Sambungan Wi-Fi Dan Skrin Sendiri

Sebuah syarikat Bingo Tecnologies yang berpangkalan di Delhi India telah melancarkan sebuah headset VR iaitu Bingo G-200. Headset VR ini memiliki sokongan sambungan Wi-Fi dan Bluetooth. Headset realiti maya ini dibina dengan paparan skrin sendiri dan dijalankan oleh sistem operasi Nibiru bersama Android 5.1 Lollipop. Tidak seperti headset VR yang lain, Bingo G-200 adalah sebuah headset tunggal tanpa perlu menyelitkan telefon anda kedalam headset tersebut. Harga headset VR ini dijangka akan berharga dalam lingkungan RM500- RM600 di pasaran Malaysia. Ianya bakal menawarkan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

71f6xrz3ftl-_sl1500_-1024x723 71u88pkvwcl-_sl1500_-1024x723

Bingo G-200 menawarkan pandangan 110 darjah dan resolusi imej pada 1280x720 HD. Headset ini akan dikuasakan oleh CPU ARM Cortex A7 di gandingkan bersama RAM bersaiz 1GB dan 8GB ROM yang boleh dinaiktaraf sehingga 32GB. Peranti ini dimuatkan dengan bateri bersaiz 5000mAh dan Bingo mendakwa ianya mampu bertahan selama 6 jam berterusan.

Bingo G-200 dibina dengan kulit dan kusyen yang sangat selesa apabila dipakai dan mampu bertahan lama. Sistem operasi Nibiru membolehkan pengguna memuat turun permainan, aplikasi dan video 3D melalui Nibiru Store. Peranti ini memiliki berat sebanyak 459gram dan juga memiliki tali yang boleh di laras.

Selepas kejayaan mereka dengan jam pintar Bingo C-6 sebelum ini, syarikat tersebut yakin headset VR mereka ini mampu pergi lebih jauh dan memberikan alternatif kepada headset seperti Google yang masih perlu mengunakan telefon pintar sebagai paparan skrin atau Samsung Gear VR yang juga mempunyai 'app store' tersendiri dan pengalaman VR yang penuh namun sedihnya ianya hanya boleh disambungkan dengan telefon pintar Samsung.