Maka dengan itu, HBO baru-baru ini telah menerbitkan satu rancangan baru khusus untuk peminat Game Of Thrones iaitu “The Game Revealed” yang memfokuskan kepada disebalik tabir rakaman TV Show paling epik yang pernah dipertontonkan.
Yang menarik tentang rancangan baru ini, mereka memberikan peminat peluang untuk mendalami dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang telah terjadi pada musim ke-7. Semua yang berlaku mereka akan perjelaskan satu per satu.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=bMEvkqF84LY&t=1s[/embed]
Mungkin melalui rancangan baru inilah mereka dapat menjelaskan bagaimana Sansa secara tiba-tiba menjatuhkan hukuman mati kepada Lord Baelish, dan bagaimana Gendry sempat untuk pulang ke Castle Black dalam masa yang singkat. Banyak juga babak yang kami lihat seakan terburu-buru kerana jalan penceritaannya yang dimampatkan dalam hanya 7 episod.
Dalam "Game Revealed" episod pertama sudah ditayangkan dan mereka akan pecahkan untuk setiap 7 episod dan peminat boleh mula menontonnya di HBO dan HBO Go setiap hari Isnin.
Seperti yang telah diketahui umum, HBO mungkin akan memulakan penggambaran musim ke-8 pada tahun 2018. Setiap episod juga memakan kos dan usaha yang besar dari segi penyuntingan dan set penggambaran jadi tidak hairan lah jika musim ke-8, musim terkahir akan dilanjutkan ke tahun 2019. Bertabahlah peminat GOT sekalian.
Berkaitan
- Samsung Hadir Dengan Skrin Pawagam LED 4K
- Xiaomi Sahkan Redmi 6 dan Redmi 6A Akan Dilancarkan Pada 12 Jun Ini
- SKMM Padam 78% Daripada 3,877 Akaun Media Sosial Palsu Yang Ditemui
- Tempah Tiket Pelancongan Dengan Aplikasi Mudah Alih Wonderfly
- Xiaomi Memperkenalkan Model Hijau Zamrud Bagi Peranti Mi Mix 2S
- Nama Telefon Boleh Lipat Samsung Mungkin Sudah Pun Didedahkan
- Redmi Dilapor Bakal Lancarkan Peranti Snapdragon 855 Dengan Harga Mampu Milik
- MWC 2019 - Apa Yang Anda Boleh Harapkan Daripada Pengeluar Pada MWC Tahun Ini
- Uber Memberi Diskaun Perjalanan KLIA ke KL Serendah RM60
- Amazfit X Dengan Skrin HD Melengkung Hadir Pada Tahun 2020