Hawaya: Aplikasi Cari Jodoh Dari Mesir Kini Tiba Di Malaysia

Hawaya merupakan sebuah aplikasi daripada Mesir sebagai satu platform buat umat Islam yang mencari jodoh disamping menghormati budaya dan tradisi agama Islam.

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan pada tahun 2017, seramai 3 daripada 10 rakyat Malaysia masih aktif menggunakan ataupun pernah menggunakan aplikasi mencari jodoh dalam talian.



Oleh itu, aplikasi Hawaya ini sesuai buat lelaki atau wanita yang masih mencari pasangan hidup. Pengguna perlu log masuk ke aplikasi Hawaya dan menjawab beberapa soalan seperti pendidikan, pekerjaan, hobi dan lain-lain.



Aplikasi ini turut mementingkan keselamatan pengguna dimana profil perlu disahkan melalui pengesahan swafoto untuk menapis profil-profil palsu.

Antara fungsi lain yang ditawarkan Hawaya adalah temasuk:

  • Blur Option: Pengguna wanita mempunyai pilihan untuk mendedahkan gambar mereka hanya kepada pengguna yang mereka selesa menghubungi.

  • Exclusive Mode: Apabila dua pengguna dipadankan, mereka boleh memilih untuk memulakan perbualan eksklusif sekaligus menyahaktifkan perbualan lain (Tumpuan kepada satu orang).

  • Hawaya juga membantu dengan memberikan topik-topik pengenalan dan perbualan permulaan yang diperibadikan untuk membantu pengguna mengambil langkah pertama.


Jika anda sudah lama kesepian, mungkin ini adalah salah satu usaha yang anda boleh lakukan. Aplikasi ini sudah tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.