Hati-Hati Dengan Mesej Asing Yang Buatkan WhatsApp Gagal Berfungsi

WhatsApp merupakan platform popular yang digunakan oleh orang ramai untuk kekal berhubung. Jika ada kecacatan atau platform ini, sudah tentu ramai yang terkesan dan boleh mengganggu tugasan seharian mereka.

Baru-baru ini, pihak WABetaInfo telah melaporkan satu kecacatan kritikal yang terdapat dalam WhatsApp.

Kecacatan yang digelar mereka sebagai 'mesej menakutkan' ini sangat berbahaya kerana boleh menjadikan WhatsApp tersekat dan crashJika pengguna membuka WhatsApp lagi selepas crash, perisian tersebut masih lagi akan crash dan terus tidak boleh dibuka.

Kecacatan tersebut adalah disebabkan WhatsApp tidak mampu untuk membaca atau memproses karakter dan mesej spesifik tersebut, menjadikannya crash serta-merta.

Ada antara mesej tersebut hanyalah sekadar nombor atau kontak seseorang. Namun, di dalamnya mengandungi kod 'berbahaya' ini yang direka sengaja atau secara tidak sengaja khusus untuk menggagalkan WhatsApp dari berfungsi.



Belum masih ada nama spesifik untuk kecacatan ini. Namun, anda pengguna lain menggelarkannya sebagai Travar, Binario, Contact bomb, TravaZap ataupun Crashers.

Buat masa ini, pihak WABetaInfo melaporkan isu ini berlaku secara meluas di negara Brazil.

https://twitter.com/WABetaInfo/status/1291495063361650688

Walaupun belum sampai di Malaysia lagi, disebabkan ia merupakan kecacatan yang ringkas, mungkin anda perlu lebih berhati-hati dengan perkara ini.

Dikatakan ada aplikasi WhatsApp pihak ketiga yang sudah dilengkapi ciri keselamatan 'Anti Crash' yang direka untuk menangani kecacatan seperti ini.

https://twitter.com/Ian_Oli_01/status/1294732138328338438

Sebagai sebuah penyelesaian, diharapkan pihak WhatsApp akan memuatkan ciri kritikal tersebut untuk membendung masalah ini.

Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga anda, buatlah sandaran untuk mesej anda sekurang-kurangnya sekali seminggu jika anda sayangkan mesej-mesej anda.

Ataupun setkan privasi group kepada "My contacts only" agar orang yang anda tidak kenali tidak boleh menghantar mesej sesuka hati atau menambah anda ke group asing.

Dari: WABetaInfo