Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hati-Hati Dengan Borang Pendaftaran Vaksin Dari WhatsApp

Hati-Hati Dengan Borang Pendaftaran Vaksin Dari WhatsApp

Diterbitkan Jun 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Program vaksinasi di seluruh negara kian rancak dijalankan masa sekarang. Namun, terdapat ramai juga yang masih belum menerima dos pertama vaksin tersebut.

Terbaharu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) menerusi akaun Twitter menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengabaikan sebarang borang pendaftaran yang disebarkan melalui WhatsApp atau mana-mana saluran tidak rasmi.

Sila abaikan sebarang borang pendaftaran vaksinasi yang disebarkan di WhatsApp atau mana-mana saluran tidak rasmi. Lindungi data peribadi anda daripada disalah guna. Rujuk saluran rasmi JKJAV untuk sebarang maklumat tentang vaksin COVID-19#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/lK1buwQnwz

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) June 26, 2021

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan rakyat memberikan data atau maklumat peribadi kepada individu yang tidak bertanggungjawab serta disalah guna.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi JKJAV bagi mengetahui sebarang maklumat tentang vaksin COVID-19 di vaksincovid.gov.my, MySejahtera atau hubungi di talian 1800-888-828.

Sumber: JKJAV

Baca juga – MYDIN Lancar MyVaksin, Daftar Vaksin Covid-19 Dapat Ganjaran

Baca juga – Pendaftaran Vaksin Untuk Ibu Hamil Dan Menyusui Di Aplikasi MySejahtera Ditambah Baik

Baca juga – Berhati-Hati Dengan Panggilan Dari ‘Syarikat Kurier’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Menjelang 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
©2026 WISER.MY