Banteras Covid-19 Menerusi Aplikasi Terbaru Ini! Peniaga Kecil & Sederhana Sudah Boleh Hasilkan Sistem Kod QR Sendiri!
Kita dapat lihat di gedung beli-belah besar sudahpun menguatkuasakan kawalan pencegahan dengan mempraktikkan penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu dalam era 'normal baharu'.
Namun, bagaimana pula dengan kebanyakkan perniaga kecil dan sederhana? Memandangkan alat pengesan suhu dan tambahan pekerja memerlukan tambahan kos.
Maka satu syarikat tempatan telah membangunkan satu aplikasi kod QR yang dipanggil Whizzl.
Whizzl merupakan satu platform pengurusan pelawat untuk memudahkan peniaga kecil dalam mencegah wabak COVID-19.
Pelanggan hanya perlu imbas kod QR melalui aplikasi Whizzl, dan semua data akan disimpan dalam sistem back-end yang dapat dieksport bila diperlukan.
"Sekiranya berlaku kecemasan yang berkaitan dengan wabak tersebut, pemilik perniagaan dapat memberitahu pelanggan dengan cepat dan bertindak sewajarnya," kata Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Whizzl Ken Wong.
"Aplikasi Whizzl sesuai digunakan di semua perniagaan termasuk, harta tanah, NGO, universiti dan juga oleh agensi kerajaan," katanya lagi.
Untuk rekod, plaform Whizzl idtubuhkan oleh sebuab syarikat tempatan yang terlibat dalam kajian dan penyelidikan sejak tahun 2018.
Di Malaysia, Whizzl diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 syarikat pengasas yang berjaya pada Maxis Market Access Day 2019.
Muat turun di Google Playstore atau AppStore
Berkaitan
- Jom Undi Liga Malaysia Untuk Dimasukkan Dalam Fifa 20
- Honor Malaysia Mahu Hadiahkan Satu-Satunya Note 10 Di Malaysia Kepada Seorang Pemenang Bertuah
- Xiaomi Buat Kejutan, Apple vs Netflix, Facebook Bermasalah, Realme 3 Masuk Malaysia
- OPPO F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac Depan
- HMD Global Lancar Nokia 7 Plus Bagi Pasaran Malaysia Dengan Harga RM 1,699
- Oppo R17 Pro Warna Hijau Zamrud Akan Ditawarkan Di Pasaran Malaysia
- Majlis Pelancaran ASUS Zenfone Max Pro (M1) Di Malaysia Akan Diadakan Pada 31 Mei
- Samsung Gear S3 Sudah Tiba Di Pasaran Malaysia Dengan Harga RM 1399
- Oppo Malaysia Bakal Lancarkan Model R15 di Malaysia 24 Mei ini
- Honor Play Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi