Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hasilkan Sistem Kod QR Sendiri, Cara Peniaga Kecil & Sederhana Cegah COVID-19

Hasilkan Sistem Kod QR Sendiri, Cara Peniaga Kecil & Sederhana Cegah COVID-19

Diterbitkan Mei 29, 2020 · Dikemas kini Mei 29, 2020 oleh Haikel Areff

Banteras Covid-19 Menerusi Aplikasi Terbaru Ini! Peniaga Kecil & Sederhana Sudah Boleh Hasilkan Sistem Kod QR Sendiri!

Kita dapat lihat di gedung beli-belah besar sudahpun menguatkuasakan kawalan pencegahan dengan mempraktikkan penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu dalam era ‘normal baharu’.

Namun, bagaimana pula dengan kebanyakkan perniaga kecil dan sederhana? Memandangkan alat pengesan suhu dan tambahan pekerja memerlukan tambahan kos.

Maka satu syarikat tempatan telah membangunkan satu aplikasi kod QR yang dipanggil Whizzl.

Whizzl merupakan satu platform pengurusan pelawat untuk memudahkan peniaga kecil dalam mencegah wabak COVID-19.

Screenshot 2020-05-29 at 3.45.57 PM
Screenshot 2020-05-29 at 3.46.11 PM

Pelanggan hanya perlu imbas kod QR melalui aplikasi Whizzl, dan semua data akan disimpan dalam sistem back-end yang dapat dieksport bila diperlukan.

“Sekiranya berlaku kecemasan yang berkaitan dengan wabak tersebut, pemilik perniagaan dapat memberitahu pelanggan dengan cepat dan bertindak sewajarnya,” kata Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Whizzl Ken Wong.

Hasilkan Sistem Kod QR Sendiri, Cara Peniaga Kecil & Sederhana Cegah COVID-19

“Aplikasi Whizzl sesuai digunakan di semua perniagaan termasuk, harta tanah, NGO, universiti dan juga oleh agensi kerajaan,” katanya lagi.

Untuk rekod, plaform Whizzl idtubuhkan oleh sebuab syarikat tempatan yang terlibat dalam kajian dan penyelidikan sejak tahun 2018.

Di Malaysia, Whizzl diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 syarikat pengasas yang berjaya pada Maxis Market Access Day 2019.

Muat turun di Google Playstore atau AppStore

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
©2026 WISER.MY