Hasil Kamera OnePlus 7 Pro Diperlihatkan, Mempunyai Keupayaan 3x Zoom Optikal

Berbaki lebih kurang dua minggu sahaja lagi OnePlus 7 Pro bakal diperkenalkan secara rasmi pada 14 Mei 2019 seperti yang telah dijadualkan oleh syarikat pengeluar.

Selain dilaporkan menerima penarafan A+ dari DisplayMate untuk skrin paparan OLED yang digunakan, kini hasil tri-kameranya pula diperlihatkan.



Model ini sah hadir dengan tetapan tri-kamera dari gabungan lensa 48MP+8MP+16MP, ia telah diuji oleh laman Wired yang memperlihatkan keupayaan zoom 3x optikal.

Selain itu, ia juga mempunyai kebolehan zoom digital 10x dam video yang dirakam dengan zoom 3x mempunyai beberapa tahap penstabilan.

Penguji juga menyatakan kamera lebih pantas ditambah dengan Auto HDR yang baik serta Night pada model kali ini lebih baik berbanding dari OnePlus 6T.

Kapsyen: Kredit foto: Andrew Williams/WIRED


Laman Wired turut menyimpulkan prestasi kamera OnePlus 7 Pro sememangnya lebih baik berbanding model-model sebelum ini tetapi masih belum dapat menandingi Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G, tetapi merapatkan jurang perbezaan antara model-model tersebut.

Sumber: Wired