Hasil Gambar Lebih Pro Dengan realme 7 Pro

Dari sebuah peranti ke sebuah peranti, dari satu segmen ke satu segmen, cukup aktif memperkenalkan telefon pintar ke dalam pasaran tempatan, itulah dia realme.



Andai kata anda terlepas pandang dengan setiap penawaran yang dibuat jenama terbabit, andai kata mahukan telefon berkamera dibawah RM1500, mari kami bawa anda kenali lebih rapat dengan salah satu model yang diumumkan di tanah air hujung bulan lalu iaitu realme 7 Pro.

Tidak lengkap rasanya terus melompat bercerita mengenai kamera tanpa tahu lebih lanjut perkakasan yang dimuatkan padanya. Kita bermula dengan bahagian luar, realme 7 Pro tampil dipasang dengan paparan Super AMOLED berukuran 6.4 inci bersama resolusi FHD+.



Nun berada disudut kiri terdapat rekaan berlubang menempatkan kamera swafoto 32MP. Sisi bawah pula menampilkan port USB-C dengan daya pengecasan pantas 65W serta corong audio stereo yang menyokong Dolby Atmos.

Ke sebelah belakang, anda boleh memilih panel berwarna Mirror White atau Mirror Blue dan hidangan utama yang akan kita bualkan selepas ini pastinya deretan 4 lensa yang bertugas untuk rakaman belakang.



Diketuai oleh lensa 64MP sebagai kamera utama, ia dituruti dengan 8MP ultra lebar, 2MP rakaman potret serta terakhir sekali adalah lensa makro 2MP.  Menguasakan peranti dari dalam ialah cip Snapdragon 720G bergandingan dengan memori RAM 8GB, storan 128GB serta sokonga kad MikroSD sehingga 256GB.

Cukup tentang spesifikasi, mari kita lihat apa yang realme 7 Pro mampu sajikan untuk fungsi kamera.

Video AI Color Potrait


Penggunaan media sosial semakin hari semakin meningkat. Sesetengah daripada kita lebih suka menyunting video terlebih dahulu sebelum dikongsikan. Anda mahu tampak lebih kreatif? Ciri AI Color Potrait boleh bantu anda.

https://youtu.be/D5rN9yrRaLU

Di dalam mod ini, anda boleh membezakan subjek utama dengan latar belakang. Serlahkan subjek anda dengan warna dan biarkan sekeliling menjadi hitam putih. Bahkan anda bebas memilih tiga warna ini; merah, hijau atau biru untuk dipertontonkan. Ikut sahaja kreativiti anda tanpa perlu buang masa untuk menyunting video dengan aplikasi lain.

Mod Pro Nightscape


Terangi rakaman malam anda dengan mod Pro Nightscape yang dilengkapkan pada aplikasi kamera realme 7 Pro. Diiringi lensa 64MP yang berkualiti tinggi dan algoritma multi bingkai, imej dirakam sewaktu pencahayaan rendah dapat dihasilkan dengan lebih cerah dan jelas.

https://youtu.be/FCaxeBYBntQ

Anda bebas untuk melaras shutter, ISO, white balance dan lain-lain fungsi mengikut kesesuaian foto yang dimahukan.

Night Filters


Imej yang dirakam boleh diibaratkan seperti hidangan yang tidak lengkap. Ia “enak” tetapi seperti kekurang sesuatu. Untuk itu, filters umpama ramuan penyedap sebelum imej tersebut disajikan untuk tontonan rakan-rakan di media sosial.



Pada realme 7 Pro, terdapat beberapa jenis filter yang boleh digunakan oleh anda. Antara yang menarik adalah Cyberpunk, Flamingo serta Modern Gold. Cukup mudah, hanya mulakan rakaman foto di aplikasi kamera dan terus pilih filter yang sesuai dengan suasana rakaman.

Starry mode


Mempelbagaikan lagi rakaman malam, anda berkemampuan untuk menyimpan keindahan kerdipan bintang untuk tatapan pengikut tegar di media sosial.

Mod Starry ditawarkan untuk khusus untuk rakaman bintang pada malam hari yang mana ia menggunakan algoritma AI digabungkan bersama pendedahan ultra-panjang dan sintesis multi-bingkai untuk meningkatkan ketajaman dan kecerahan bintang dengan baik.

https://youtu.be/t8qbH3bNgvA

Sudah jelas dan faham sekarang? Dijual pada tanda harga RM1499, realme 7 Pro bukan sekadar sebuah telefon pintar berkamera, ia turut hadir dengan ciri kamera yang memudahkan anda menghasilkan foto yang kreatif serta sedap dipandang mata.



Sekiranya dan berminat untuk mendapatkan peranti ini, boleh dapatkannya dari Shopee serta pengedar sah diseluruh negara. Sebelum terlupa, anda mahu pelajari lebih banyak teknik rakaman kamera? realme Malaysia bakal menampilkan siri video pendek tutorial tips fotografi iaitu 'realme Academy' di YouTube rasmi mereka tidak lama lagi.

Melaluinya, anda boleh mengetahui serba sedikit cara-cara atau tips yang berguna untuk menambahbaik teknik rakaman. Buat sementara waktu anda boleh layari realme Malaysia di YouTube.

Advertorial ini dibawakan oleh realme Malaysia