Hasil Carian Google Kini Berwajah Baru Di Aplikasi Pelayar Komputer

Ikon jenama kini berada di sebelah nama domain.


Tahun lalu Google telah mengemas kini wajah carian Google di platfom peranti pintar. Untuk tahun ini pula, mereka mengemas kini wajah hasil carian Google untuk platfom komputer pula.

Mengikuti perubahan yang sama sepertimana di platfom peranti pintar, kini hasil carian Google akan memaparkan ikon sesebuah laman sesawang bersebelahan dengan nama domain laman tersebut.

Kapsyen: Contoh rupa hasil carian Google di plafom peranti pintar.


Selain itu, label bagi iklan pula dipaparkan dalam huruf boldĀ bagi menjadikan domain laman sesawang lebih dominan kepada pengguna.

https://twitter.com/searchliaison/status/1216782591463813126?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1216782591463813126&ref_url=https%3A%2F%2Fsea.pcmag.com%2Fnews%2F35815%2Fgoogle-search-results-redesign-lands-on-desktops

Wajah baru hasil carian Google ini sudah pun dipaparkan kepada pengguna di seluruh dunia secara berperingkat.

Jadi, mungkin sebahagian pengguna masih belum menerima rupa baru ini di aplikasi pelayar komputer mereka.

Sumber: PCMag