Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harry Potter And The Sorcerer’s Stone Mengutip US$1 Bilion Selepas 19 Tahun Dilancarkan

Harry Potter And The Sorcerer’s Stone Mengutip US$1 Bilion Selepas 19 Tahun Dilancarkan

Diterbitkan Ogos 19, 2020 oleh Nadiah Ab

Harry Potter And The Sorcerer’s Stone Mengutip US Bilion Selepas 19 Tahun Dilancarkan

Filem fantasi Harry Potter and the Sorcerer’s Stone berjaya mengutip lebih US$1 bilion (~RM4.1 bilion), setelah hampir 19 tahun dilancarkan.

Kejayaan itu dicapai setelah filem Harry Potter pertama dipulihkan menjadi resolusi 4K 3D. Ia kemudian dilancarkan di China pada 14 Ogos, memberi peluang kepada peminat baru untuk menontonnya buat pertama kali.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan untuk Entertainment Weekly, Andrew Cripps, ketua pengedaran antarabangsa Warner Bros. Pictures mengatakan,

“We are thrilled to see Harry Potter and the Sorcerer’s Stone delight a new generation of audiences. The popularity of the film with moviegoers in China, who are discovering it for the first time, proves that the appeal of these stories is truly timeless and universal.”

Filem yang telah menjana US$1 bilion ini menjadi filem kedua dalam francais lapan filem itu yang melepasi tanda bilion dolar. Harry Potter and the Deathly Hallow – Part 2, siri terakhir, telah menghasilkan US$1.34 bilion (~RM5.6 bilion) di seluruh dunia pada tahun 2011. Secara keseluruhan, siri Harry Potter berjaya mengutip sejumlah US$7.74 bilion (~RM32.3 bilion) di layar perak.

harry

“Harry Potter and the Sorcerer’s Stone” pertama kali ditayangkan pada tahun 2001, memperoleh US$974 juta (~RM4 bilion) dari penjualan awal tiket. Filem-filem yang diadaptasikan dari novel tulisan J.K. Rowling yang sangat terkenal, telah dibintangi oleh Daniel Radcliffe, Emma Watson, dan Rupert Grint.

Sumber: Variety & Entertainment Weekly

Baca seterusnya: Filem “Geran” Memenangi Anugerah Di Festival Filem Asia New York 2020

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY