Model yang dimaksudkan adalah Leagoo S9 dan juga S9 Pro. Pertama kali muncul diinternet pada penghujung tahun lalu, kedua-duanya dilaporkan akan dirasmikan pada acara MWC 2018, kurang tiga minggu dari sekarang.
Sekali imbas, rekaan peranti ini mirip iPhone X tetapi perbezaan ketara boleh dilihat adalah pengimbas cap jari berada dibelakang.
Berbalik semula mengenai pelancarannya, dilaporkan bahawa Harry Kane pemain Tottenham Hotspur bakal hadir mengacarakan majlis pengenalan yang akan berlangsung di Barcelona.
Majlis pelancaran turut disiarkan secara langsung menerusi laman web rasmi Leagoo. Berikut adalah ringkasan spesifikasi tidak rasmi bawaan Leagoo S9:
- Skrin paparan AMOLED 5.85 inci
- Cip pemprosesan MediaTek, P40
- 6GB RAM & 128GB ROM
- Kamera belakang 16 MP
- Bateri 7000mAh
Untuk makluman anda, Leagoo merupakan penaja peranti pintar untuk kelab bola sepak kurang ternama dari Utara London, Tottenham Hotspur.
Tahun lalu juga syarikat pengeluar China itu telah mengeluarkan sebuah telefon pintar edisi khas iaitu Leagoo T5 Edisi Khas Tottenham Hotspur.
Berkaitan
- Kirin 980 Mungkin Jadi Cip 7nm Pertama Dipasang Pada Telefon Pintar
- Honor Perkenal Jam Tangan Pintar Honor S1 Pada 18 Oktober Ini
- Sekatan WeChat Mungkin Di Amerika Syarikat Sahaja, Tidak Libatkan Pengguna Global
- iPhone 2018 Didakwa 10% Lebih Laju Serta Digandingkan Dengan RAM 4GB
- Xiaomi Perkenal Tombol Pintu Pintar Mijia, Boleh Dibuka Dengan 6 Cara Yang Berbeza
- Harga Baru AMD Ryzen Untuk Pasaran Malaysia, Pengurangan Sehingga RM900
- 6 Telefon Pintar Paling “Padu” Dalam Pasaran.
- Grup Chat Telegram Kini Boleh Menampung Sehingga 30,000 Orang Pengguna
- Promosi Tahun Baru Cina Dari Sony Mobile Malaysia
- Kakitangan Google Semakin Hilang Keyakinan Dengan CEO Sundar Pichai