Hari Sukan Negara Akan Diadakan Esok, Tampilkan E-Sport Buat Pertama Kali

Buat julung kalinya, e-sport yang semakin menempa nama dalam arena sukan tempatan bakal menghiasi Hari Sukan Negara yang dijadualkan berlangsung esok dan tamat pada hari berikutnya.



Bertempat di Stadium Bukit Jalil, Kejohanan ESports itu akan menampikan beberapa jenis permainan video seperti, Mobile Legends, CS:GO, DOTA2, AOV, FIFA Online 3, FIFA19, dan juga PES.

Pasukan yang bertanding bakal merebut hadiah berupa wang tunai terkumpul berjumlah RM18,350.

Mungkin anda yang tidak mempunyai apa-apa rancangan pada hujung minggu ini boleh hadir bersama memeriahkan kejohanan dan menyaksikan secara dekat perlawanan e-sport tersebut.

Sumber: MyGameOn