Hari Pertama Adobe MAX 2020: Rangkuman Perkara Menarik Diperkenalkan Untuk Photoshop, Illustrator, After Effects Dan Lain-Lain


Adobe MAX merupakan acara tahunan Adobe yang memperlihatkan ciri dan fungsi baharu untuk perisian mereka. Tahun ini, Adobe MAX 2020 diadakan secara percuma bermula 20 Oktober sehingga 22 Oktober.

Dengan hari pertama yang sudah melabuhkan tirai, ini adalah antara perkara-perkara menarik yang diumumkan.

Photoshop


Dalam ekosistem Adobe, Adobe Sensei merupakan enjin kecerdasan buatan. Menggunakannya, Adobe memperkenalkan fungsi Sky Replacement dalam Photoshop yang membolehkan pengguna menukar latar belakang berasaskan langit kepada gambar lain.



Selain itu, menggunakan enjin kecerdasan sama, Neural Filters membolehkan pengguna menyunting sesuatu suntingan yang kompleks lebih mudah.


Illustrator


Selain memperkenalkan aplikasi Illustrator pada iPad, Adobe turut memperkenalkan fungsi-fungsi terbaharu untuk Illustrator di PC seperti kemaskini terhadap Recolor Artwork.

Kini anda boleh mengekstrak palet warna penuh dari sesuatu imej dan kemudiannya mengaplikannya pada gambar anda hanya dengan satu klik.

Terdapat juga fungsi baharu Glyph Snapping serta Text Align yang kini lebih memudahkan anda untuk berinteraksi dengan teks dalam Illustrator.



Kanvas projek juga kini boleh dikembangkan sehingga 100x ganda.



Illustrator kini juga memaksimumkan penggunaan GPU pada komputer dengan ciri melukis dan suntingan secara masa nyata.


Aero


Adobe Aero merupakan perisian khusus untuk mencipta Aero. Sebelum ini ia hadir untuk iOS sahaja. Kini, versi untuk PC pula ditawarkan dalam bentuk beta.


Fresco


Adobe Fresco merupakan aplikasi melukis yang dibina khas untuk Apple Pencil dan iPad. Kini, hadir untuk iPhone dengan antaramuka yang hampir sama dengan versi dekstop.



Selain itu, terdapat juga fungsi berus Smudge baharu untuk melembutkan atau mengkaburkan garisan.


Lightroom


Lighroom merupakan antara aplikasi suntingan popular digunakan untuk menyunting gambar baik di desktop mahupun telefon pintar.

Lightroom kini hadir dengan fungsi suntingan gred warna yang lebih hebat. Fungsi ini dinamakan Color Grading boleh didapati dalam tetapan Color dan boleh ditemui untuk kesemua aplikasi Lightroom.



Selain itu fungsi Graphical Watermark juga membolehkan anda meletakkan logo dalam gambar dan menyimpan watermark tersebut antara kesemua peranti menerusi Creative Cloud.


Premiere Pro


Premiere Pro yang merupakan aplikasi suntingan video turut menyertakan pelbagai ciri baharu seperti ucapan ke teks yang memudahkan pengguna untuk menambah kapsyen ke dalam video.

https://youtu.be/RFIUQ-WzreY

Selain itu, terdapat banyak peningkatan prestasi serta aliran kerja baharu seperti:

  • Pengekodan GPU baharu untuk AMD dan NVIDIA yang lebih responsif.

  • Sokongan untuk warna Rec2100

  • Sokongan untuk ProRes RAW pada Windows untuk GPU Intel dan AMD

  • Sokongan tukar warna dari ProRes RAW ke LOG


After Effects


After Effects turut memperkenalkan sejumlah fungsi baharu seperti Roto Brush 2 untuk memisahkan objek dari latar belakang lebih pantas.

Roto Brush 2 juga dikuasakan oleh Adobe Sensei secara automatik yang lebih baik berbanding Roto Brush pertama.

https://youtu.be/FsSazQ1pRBU

Tambahan lain, 3D Design Space telah diperkenalkan. Ia merupakan ruang kerja 3D dengan kamera lebih baik, dan juga manipulasi menggunakan 3D Tranfsform Gizmos lebih mudah.

https://youtu.be/9VSPMnAggTM

Ini merupakan rangkuman perkara menarik yang diperkenalkan oleh Adobe sempena acara tahunan Adobe Max 2020. Lebih banyak lagi ciri dan fungsi baharu yang diumumkan.

Untuk anda yang berminat dengan lebih lanjut mengenai pengumuman lain Adobe MAX 2020, sila ke pautan ini.