Adobe MAX merupakan acara tahunan Adobe yang memperlihatkan ciri dan fungsi baharu untuk perisian mereka. Tahun ini, Adobe MAX 2020 diadakan secara percuma bermula 20 Oktober sehingga 22 Oktober.
Dengan hari pertama yang sudah melabuhkan tirai, ini adalah antara perkara-perkara menarik yang diumumkan.
Photoshop
Dalam ekosistem Adobe, Adobe Sensei merupakan enjin kecerdasan buatan. Menggunakannya, Adobe memperkenalkan fungsi Sky Replacement dalam Photoshop yang membolehkan pengguna menukar latar belakang berasaskan langit kepada gambar lain.

Selain itu, menggunakan enjin kecerdasan sama, Neural Filters membolehkan pengguna menyunting sesuatu suntingan yang kompleks lebih mudah.
Illustrator
Selain memperkenalkan aplikasi Illustrator pada iPad, Adobe turut memperkenalkan fungsi-fungsi terbaharu untuk Illustrator di PC seperti kemaskini terhadap Recolor Artwork.
Kini anda boleh mengekstrak palet warna penuh dari sesuatu imej dan kemudiannya mengaplikannya pada gambar anda hanya dengan satu klik.
Terdapat juga fungsi baharu Glyph Snapping serta Text Align yang kini lebih memudahkan anda untuk berinteraksi dengan teks dalam Illustrator.
Kanvas projek juga kini boleh dikembangkan sehingga 100x ganda.
Illustrator kini juga memaksimumkan penggunaan GPU pada komputer dengan ciri melukis dan suntingan secara masa nyata.
Aero
Adobe Aero merupakan perisian khusus untuk mencipta Aero. Sebelum ini ia hadir untuk iOS sahaja. Kini, versi untuk PC pula ditawarkan dalam bentuk beta.

Fresco
Adobe Fresco merupakan aplikasi melukis yang dibina khas untuk Apple Pencil dan iPad. Kini, hadir untuk iPhone dengan antaramuka yang hampir sama dengan versi dekstop.

Selain itu, terdapat juga fungsi berus Smudge baharu untuk melembutkan atau mengkaburkan garisan.

Lightroom
Lighroom merupakan antara aplikasi suntingan popular digunakan untuk menyunting gambar baik di desktop mahupun telefon pintar.
Lightroom kini hadir dengan fungsi suntingan gred warna yang lebih hebat. Fungsi ini dinamakan Color Grading boleh didapati dalam tetapan Color dan boleh ditemui untuk kesemua aplikasi Lightroom.

Selain itu fungsi Graphical Watermark juga membolehkan anda meletakkan logo dalam gambar dan menyimpan watermark tersebut antara kesemua peranti menerusi Creative Cloud.

Premiere Pro
Premiere Pro yang merupakan aplikasi suntingan video turut menyertakan pelbagai ciri baharu seperti ucapan ke teks yang memudahkan pengguna untuk menambah kapsyen ke dalam video.
https://youtu.be/RFIUQ-WzreY
Selain itu, terdapat banyak peningkatan prestasi serta aliran kerja baharu seperti:
- Pengekodan GPU baharu untuk AMD dan NVIDIA yang lebih responsif.
- Sokongan untuk warna Rec2100
- Sokongan untuk ProRes RAW pada Windows untuk GPU Intel dan AMD
- Sokongan tukar warna dari ProRes RAW ke LOG
After Effects
After Effects turut memperkenalkan sejumlah fungsi baharu seperti Roto Brush 2 untuk memisahkan objek dari latar belakang lebih pantas.
Roto Brush 2 juga dikuasakan oleh Adobe Sensei secara automatik yang lebih baik berbanding Roto Brush pertama.
https://youtu.be/FsSazQ1pRBU
Tambahan lain, 3D Design Space telah diperkenalkan. Ia merupakan ruang kerja 3D dengan kamera lebih baik, dan juga manipulasi menggunakan 3D Tranfsform Gizmos lebih mudah.
https://youtu.be/9VSPMnAggTM
Ini merupakan rangkuman perkara menarik yang diperkenalkan oleh Adobe sempena acara tahunan Adobe Max 2020. Lebih banyak lagi ciri dan fungsi baharu yang diumumkan.
Untuk anda yang berminat dengan lebih lanjut mengenai pengumuman lain Adobe MAX 2020, sila ke pautan ini.
Berkaitan
- Apple Kini Lebih Minimalis - Dalam Kotak iPhone Tiada Lagi Pengecas Dan Fon Telinga Disertakan
- ASUS STRIX SCAR 15, G15, Dan G17 Diumumkan Dengan Harga Bermula RM6,199
- Galaxy Note 10 Lite Bakal Menggunakan Rekaan Kamera Belakang Kotak
- Pengasas Huawei Mahukan HONOR Jadi Pesaing Terhebat Dan Atasi Huawei Sendiri
- MSI Stealth 15M Hadir Dengan Cip Intel i7 Gen-11, RTX 2060 Max-Q, Dan Panel 144Hz
- China Berjaya Membina Rangkaian Komunikasi Bersepadu Kuantum Yang Pertama Di Dunia
- Xiaomi Mi 10T Dan Mi 10T Pro Akan Guna Cip Snapdragon 865 Dan Panel 144Hz LCD
- Permainan Metal Slug Baharu Akan Muncul Semula Untuk Platform Mudah-Alih
- Nonfungible Tokens (NFT) - Apabila 1 Gambar JPEG Terjual Pada Nilai RM284 Juta
- Sokongan Microsoft Untuk Windows 10 Mobile Akhirnya Tamat 10 Disember Ini