Hari Ini Sahaja - realme X3 SuperZoom Dijual Di Lazada Serendah RM1,399

Sebenarnya promosi ini sudah dinyatakan oleh realme sejak semalam lagi, namun penulis hanya mendapat tahu perkara tersebut lewat.

realme hari ini (13 Januari) sedang membuat promosi produk dengan harga potongan sehingga RM600 di Lazada.



 

Produk yang mempunyai potongan harga bukan sahaja telefon pintar tetapi barangan IoT lain seperti fon telinga, powerbank, penjejak kesihatan, dan lain-lain.

Antara produk popular menarik mempunyai potongan harga adalah:

  • realme X3 SuperZoom - R̶M̶1̶9̶9̶9̶ RM1399

  • realme narzo 20 Pro - R̶M̶1̶1̶9̶9̶ RM899

  • realme 6i - R̶M̶8̶9̶9̶ RM699

  • realme Buds Air - R̶M̶2̶9̶9̶ RM169

  • realme Band - R̶M̶1̶2̶9̶ RM79

  • realme Watch -R̶M̶2̶9̶9̶ RM199


Terdapat lebih banyak produk lain yang turut mempunyai potongan harga. Jika berminat, boleh lawati realme Lazada melalui pautan ini.

Disebabkan promosi ini hanya berlangsung pada hari ini, anda mempunyai tempoh beberapa jam lagi jika mahu mendapatkan produk dengan harga potongan.