Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
10 Kata Laluan Tak Selamat Yang Masih Ramai Gunakan Pada 2020

Hari Ini Adalah Sambutan Hari Kata Laluan Sedunia

Diterbitkan Mei 6, 2021 oleh ariff bukhari

Tahukah anda, terdapat satu hari khas bagi meraikan kata laluan di seluruh dunia?

Untuk pengetahuan anda, sambutan Hari Kata Laluan Sedunia disambut setiap tahun pada hari Khamis pertama dalam bulan Mei.

Ia sebagai satu cara mempromosi tentang peri pentingnya mengamalkan pengurusan kata laluan dengan baik.

Walau nampak remeh, tapi kata laluan merupakan barisan hadapan dalam menjaga keselamatan data dari serangan siber.

Oleh itu adalah amat penting kita dalam menggunakan kata laluan yang selamat agar ia tidak mudah ditembusi apabil berlakunya insiden penggodaman.

Namun begitu, masih ramai pengguna mengamalkan kata laluan yang mudah diceroboh.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh syarikat pengurus kata laluan berpangkalan di U.K, LastPass, 92% pengguna sedar bahawa menggunakan kata laluan yang sama berulang kali adalah bahaya.

Walaubagaimanapun, 50% darinya masih tetap mengamalkannya.

Malah didapati 58% pengguna tidak mengendahkan tentang insiden yang berlaku pada akaun mereka serta tidak bertindak menukar kata laluan yang telah diceroboh.

Jadi, sempena meraikan Hari Kata Laluan Sedunia yang hanya disambut setahun sekali, apa kata anda meluangkan sedikit masa mengurus, semak dan menukar kata laluan yang sudah terlalu lama digunakan, sudah kerap kali diulang guna serta status akaun sosial anda.

Sumber: Info Tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY