Harga Xiaomi Mi 9 Didedahkan - Bakal Dijual Dengan Harga RM1,999

Selain Redmi Note 7 yang lebih mampu milik, Mi 9 juga menjadi peranti Xiaomi yang ditunggu-tunggu oleh peminat tempatan.

Ketika Xiaomi bakal memulakan penjualan rasmi Redmi Note 7-nya hari ini, pengedar telefon pintar atas talian terkenal, DirectD dilihat sudah mula menerima pra-tempahan untuk Mi 9 baru-baru ini.


Menurut mereka, peranti berkenaan adalah merupakan set rasmi daripada Xiaomi Malaysia dan akan dipasarkan pada harga RM1,999 sahaja.

Walaupun tidak menyatakan tarikh ketibaan peranti tersebut ke Malaysia, DirectD sebelum ini pernah memberitahu bahawa ia bakal tiba ke pasaran tempatan pada bulan April ini.

Xiaomi Mi 9 ini didatangkan dengan cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM beserta simpanan dalaman 128GB, bateri berkapasiti 3,300mAh dan skrin SuperAMOLED 6.39-inci FHD+.



Bagi tetapan kameranya pula, ia dilengkapi kamera utama tri-lensa 48MP sudut lebar + 16MP ultra-lebar + 12MP telefoto serta kamera swafoto lensa tunggal 20MP.

Kami menjangkakan Xiaomi Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: DirectD