Harga Vivo X50 Diumumkan, Bermula RM2399 Dan Pra-Tempah Bermula Esok

vivo Malaysia sedia mengacah kedatangan siri terbaharu mereka iaitu X50 untuk pasaran Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu. Penawaran rasmi akan dimulakan pada esok hari, 21 Julai 2020 dimana hanya menampilkan dua model sahaja iaitu vivo X50 dan vivo X50 Pro sahaja. Model dengan spesifikasi tertinggi iaitu vivo X50 Pro+ nampaknya tidak dibawa masuk untuk pasaran tempatan.

Hadir dengan tiga pilihan warna, Frost Blue, Glaze Black, dan Alpha Grey, harga permulaan untuk siri ini ialah RM2399. Walaupun tidak menyatakan dalam siaran akhbar yang diterima kami, versi Pro dipercayai bakal dijual pada tanda harga RM3199 dan nilai ini diperolehi dari pengedar tempatan, DirectD.

Pra-tempahan untuk kedua-dua model boleh dibuat secara dalam talian melalui Lazada dimana setiap pembelian akan disertakan sekali bersama-sama hadiah sampingan bernilai RM697. Antara yang terkandung dalam pembelian adalah lanjutan waranti selama 1 tahun, perlindungan skrin selama 1 tahun, 1 unit pembersih udara dan 1 unit pembesar suara Bluetooth Logitech X50.

https://youtu.be/8AJYOwX8v-E

Bagi yang berminat untuk mendapatkan salah satu keluaran vivo ini boleh pra-tempahnya dari Lazada pada 21 Julai 2020.