Harga Vivo V7+ Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan

Vivo V7 + pertama kali diperkenalkan pada 7 September lalu di acara yang berlangsung di India. Bagi pasaran Malaysia pula, pelancaran peranti ini dijadualkan berlangsung hari esok, Selasa bersamaan dengan 26 September 2017.

Memetik laporan dari laman Mdroid, Vivo V7 + bakal dijual pada harga RM1499 untuk pasaran tempatan dan kempen pra-tempah juga sudah dimulakan secara rasmi.

Membawakan rekaan FullView Display dengan skrin berukuran 5.99 inci dan nisbah paparan 18:9. Dibahagian pemproses pula, ia dijana dengan cip pemproses Snapdragon 450, disamping RAM 4GB dan storan dalaman bersaiz 64GB.

Vivo V7+ menawarkan kamera utama 16MP dibahagian belakang serta mempertaruhkan kamera selfie 24MP dan merupakan kamera selfie terbesar buat masa ini.

Peranti ini turut dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3225mAh beserta sokongan pengecasan pantas.

Sumber: Mdroid