Harga Rasmi Fon Telinga 'Kacang' Galaxy Buds Live Adalah RM699

Selain peranti pintar premium siri Galaxy Note20, Samsung turut memperkenalkan fon telinga Galaxy Buds Live.



 

Dari segi rekaan, ia hadir dengan rekaan seperti 'kacang', ciri pembatalan hingar aktif serta kalis air IPX2.

Samsung Malaysia telah menyenaraikan fon telinga ini berharga RM699 pada laman mereka namun tidak menyatakan tarikh jualan secara rasmi.



Ia boleh didapati dalam 3 pilihan warna Mystic Bronze, Mystic Black, dan Mystic Silver.

Antara cir menarik lain Galaxy Buds live adalah ketahanan bateri sehingga 8 jam dan sehingga 21 jam jika dimasukkan ke pod pengecasan.

Galaxy Buds Live ini kelihatannya masih belum boleh dibeli pada hari ini. Jika anda mahu membeli mana-mana produk yang dilancarkan oleh Samsung semalam, buat masa ini anda hanya boleh membuat pra-tempahan Galaxy Note20 dan Galaxy Watch3 sahaja.

Menariknya, anda boleh mendapatkan fon telinga ini secara percuma namun ia hadir sebagai hadiah pra-tempah jika membeli Galaxy Note20 Ultra sahaja.

Sumber: Samsung

Berkaitan