Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Tawar Pra-Tempahan Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober Ini

Harga Rasmi Apple Watch Series 5 Dan Series 3 Versi Selular Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 20, 2019 · Dikemas kini Oktober 20, 2019 oleh ariff bukhari

Apple Watch Series 5 berharga dari RM1,749.

Apple menerusi laman rasmi Apple Malaysia telah mendedahkan harga rasmi bagi jam pintar terbaru mereka iaitu Apple Watch Series 5.

Apple Watch Series 5 terdapat pilihan model Aluminium Case dan Steel Case, Walaubagaimanapun, hanya model Aluminium Case sahaja menawarkan pilihan GPS atau Selular.

Bagi Apple Watch Series 5  model Aluminium Case dengan sokongan sambungan GPS sahaja, ia berharga dari RM1,749.00 (saiz 40mm) dan RM1849.00 (saiz 44mm).

Untuk Apple Watch Series 5 model Aluminium Case dengan sokongan sambungan GPS dan Selular pula berharga dari RM2,199.00 (saiz 40mm) dan RM2,349.00 (saiz 44mm).

Manakala bagi model premium Apple Watch Series 5  yang menggunakan kerangka Steel Case hanya ditawarkan dengan sokongan GPS dan Selular berharga dari RM2,999.99 (saiz 40mm) dan RM3,249.00 (saiz 44mm).

Tetapi harga tersebut boleh mencecah sehingga RM4,849.00, bergantung kepada kustomasi padanan tali jam pintar tersebut.

Harga Rasmi Apple Watch Series 5 Dan Series 3 Versi Selular Di Malaysia

Sementara itu, Apple Watch Series 3 versi GPS dan Selular juga kini turut ditawarkan dan berharga dari RM1,299.00 (saiz 38mm) dan RM1,449 (saiz 42mm).

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Apple Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY