Harga Peranti Berkuasa Tinggi iQOO Didakwa Tertiris, Bermula Dari RM2,185

Sejak minggu lepas, kita dihidangkan dengan beberapa maklumat mengenai spesifikasi, video dan gambar acah bagi peranti kelas perdana keluaran sub-jenama Vivo, iQOO.

Peranti tersebut dijadual akan dilancarkan beberapa jam lagi di China. Walaubagaimanapun, harga bagi peranti tersebut dikatakan telah pun tertiris atas talian.

Kapsyen: Slashleaks


Sekiranya gambar yang diperolehi dari laman Slashleaks di atas adalah benar, ini bermakna peranti ini akan ditawarkan pada harga permulaan CNY3598(~RM2,185) bagi variasi 6GB/128GB.

Satu variasi premium dengan 12GB RAM dan 256GB ROM pula akan dipasarkan dengan harga CNY4998(~RM3036).

Namun, jika diperhatikan pada gambar, pada model 6GB/128GB tidak dipaparkan pengecasan pantas 44W padanya.

Ia memberi gambaran bahawa model berkenaan mungkin tidak akan hadir dengan fungsi tersebut.

Antara spesifikasi lain yang telah sah hadir pada peranti pertama iQOO ini ialah penggunaan sistem operasi FunTouchOS 9, Snapdragon 855, skrin 6.41-inci AMOLED, bateri berkapasiti 4000mAh serta tetapan tri-kamera utama.

https://youtu.be/7ipbFRGrv9E

Bagi anda yang berminat untuk menonton majlis pelancaran rasmi peranti ini nanti, anda boleh melakukannya di pautan ini pada jam 7.30 petang nanti.

 

Sumber: GSMArena