Harga Pelan 100Mbps Unifi Pek OKU Dilihat Lebih Mahal Daripada Pakej 100Mbps Biasa

Untuk memastikan semua rakyat Malaysia menerima perkhidmatan yang disediakan internet yang pantas, pengendali rangkaian negara, unifi, tidak melupakan golongan OKU.

Sebelum ini menerusi Pek OKU, golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar tersebut.



Mengutip kiriman tweet dari seorang pengguna, @_aMiHS, beliau ada bertanyakan kepada @McmcReact mengapa Pakej 100Mbps unifi bagi OKU dipaparkan lebih mahal berbanding pakej 100Mbps biasa.



Seperti yang tertera pada bahagian Pek OKU, harga bagi kelajuan 100Mbps diletakkan pada nilai RM 309 manakala pakej unifi 100Mbps hanya pada harga RM 129.

Untuk kepastian tentang perkara ini, kami telah menghubungi talian khidmat pelanggan Unifi. Kakitangan khidmat pelanggan menjelaskan bahawa harga bagi Pek Oku 100Mbps tersebut adalah harga lama dan belum dikemaskini lagi. Turut dinyatakan, pihak unifi sedang berada dalam proses pengurangan harga pakej.

Sekiranya pengguna berkeinginan untuk melanggan pakej OKU, pihak unifi menyarankan supaya pengguna melanggan pelan unifi 100Mbps biasa yang berharga RM 129 kerana ia lebih murah disamping penawaran ciri seperti unifi TV Pack, akses playTV dan lain-lain.

Tawaran bagi pek OKU ini juga dilihat berada dalam tab Happenings dan bukannya pada tab penawaran pakej yang biasa.

Namun begitu, paparan informasi ini dilihat boleh mengelirukan pengguna dan diharapkan pihak unifi dapat mengemaskini informasi tersebut.