Sewaktu dilancarkan, OPPO Reno2 yang memfokuskan kepada penawaran rakaman video dan gambar baik ini diletakkan pada harga RM2299. Bermula semalam, harga jualan rasmi itu telah diturunkan kepada RM1999 menjadikan pengurangan sebanyak RM300.
Menerusi pemberitahuan daripada laman Facebook OPPO tersebut, kemaskini harga terbabit telah berkuatkuasa semalam dengan pembelian boleh dibuat di mana-mana kedai konsep OPPO serta gedung dalam talian jenama berkenaan.
Imbas kembali penawaran, OPPO Reno2 hadir dengan cip Snapdragon 730G, ColorOS 6.1 (Android 9), RAM 8GB, storan 256GB, skrin AMOLED 6.5 inci (FHD+), serta kamera kuad kamera belakang (48MP+8MP+13MP+2MP). Mekanisme terangkat umpama siri jerung pula menempatkan kamera selfie 16MP.
https://www.youtube.com/watch?v=GantnFzslkM
Fokus utama pada peranti ini adalah dari segi rakaman gambar dan video dimana terdapat dua ciri; Ultra Steady dan Ultra Dark. Menjana kuasa peranti adalah bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 20W.
Berkaitan
- Siri OPPO Find X2 Rasmi - Dilengkapi Pengecasan Pantas 65W Dan Skrin 120Hz
- Harga Jualan Siri Galaxy S20 Di Malaysia Bermula Dari RM3599
- Apple iMac 2017 Sudah Mula Ditawarkan Di Malaysia
- Ada Aplikasi Dikesan Sasar Maklumat Bank Rakyat Malaysia
- DJI Mavic 2 Pro Dan Mavic 2 Zoom Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM6599 dan RM5699
- HP Malaysia Perkenal 3 Model Komputer Riba, Harga Dari RM3799
- Isu Tipu Ujian Tanda Aras, Honor Malaysia Keluarkan Kenyataan
- Intel Malaysia Lancar Sistem SC4U Untuk Pelajar Universiti
- Malaysia Airlines Jalin Usaha Sama Dengan Amadeus Untuk Sedia Tempahan Chatbot
- Siri Reno 4 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1699