Harga Kad Grafik Nvidia Dilaporkan Akan Meningkat Akibat Mata Wang Crypto Dan Kekurangan DRAM

Kad grafik Nvidia terus menjadi pilihan pengguna dan pelombong mata wang crypto dengan penganalisa Kumpulan Kewangan Mizuho, Vijay Rakesh berkata penjualan GPU Nvidia utnuk suku musim panas terjangkau sebanyak 30-50% lebih dari apa syarikat itu jangkakan.

Pelombong membeli GPU untuk 'melombong' mata wang digital seperti Bitcoin dan merupakan salah satu sebab peningkatan jualan tersebut. Salah satu punca yang dikenalpasti adalah kekurangan DRAM (dynamic RAM)- satu memori video yang digunakan GPU.

Akibatnya, semua faktor ini menjurus kepada kenaikan harga GPU di pasaran. Untuk masalah kekurangan DRAM, 3 pengeluar DRAM seperti Samsung, SK Hynix dan Micron mengambil kesempatan terhadap permintaan tinggi pasaran terhadap kad grafik.

Jika sebelum ini pembeli DRAM mengambil kesempatan atas perlambakan DRAM di pasaran, ini merupakan langkah 'balas dendam' mereka sebelum ini yang kehilangan wang akibat penjualan yang merugikan mereka.

Dengan 3 pengeluar DRAM itu merekodkan jualan keuntungan yang tinggi sekarang, masih samar-samar samada pengeluar tersebut mahu melakukan perang harga keatas komoditi mereka. Hynix baru-baru ini mengumumkan akan meningkatkan kapasiti pengeluaran DRAM mereka dan jika 2 pengeluar yang lain mengikut langkah yang sama, harga komoditi itu boleh distabilkan semula seperti apa yang kita lihat pada tahun 2016.

Sumber