Harga Jualan Huawei P10 Plus Dikemaskini

Bulan Mac hampir tiba dan ia menandakan hampir setahun usia Huawei P10 Plus diperkenalkan.

Terdahulu ia dijual pada harga RM 3099 tetapi setelah kemunculan Huawei Mate 10, harga asal dipotong kepada RM 2399.

Kini, harga jualannya sekali lagi diturunkan kepada paras RM 2199 seperti yang tertera pada gedung rasmi Huawei di Lazada. Setiap pembelian akan disertakan sekali dengan beberapa aksesori tambahan.



Model kelas atasan ini dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 960, RAM 6GB, dan storan dalaman 128GB. Bagi skrin paparan pula, ia berukuran 5.5 inci dengan resolusi 2560 x 1440p.

Dibahagian belakang ia dilengkapi dengan sistem dwi kamera utama 20MP bergandingan dengan lensa 12MP (Summilux Lense) f/1.8. Melengkapkan lagi telefon pintar kelas atasan ini adalah bateri dengan kapasiti 3750mAh

Untuk makluman, Huawei Mate 10 turut dijual pada harga promosi tetapi dalam tempoh masa terhad.

Beli Huawei P10 Plus di Lazada