Harga Jualan Huawei Mate 20 Dan 20 Pro Sudah Mula Tersebar

Huawei telah menjadualkan pelancaran model flagship mereka tahun ini, Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro pada 16 Oktober depan.

Walaupun hanya beberapa hari sahaja lagi untuk dilancarkan, khabar angin mengenai peranti semakin kencang bertiup.

Terbaru, salah satu laman teknologi dari Poland dikatakan telah mendedahkan harga kedua-dua peranti tersebut.

Memetik laporan dari Android.com.pl, Mate 20 dinilaikan pada PLN 2999, lebih kurang ~RM3356, manakala Mate 20 Pro pada harga PLN4299 iaitu sekitar ~RM4814, berdasarkan pertukaran matawang asing semasa.

Harga yang didedahkan ini diperoleh laman itu daripada salah satu syarikat pengendali rangkaian Poland, Plus.

Harga yang dinyatakan mungkin berbeza disetiap pasaran kerana ia tertakluk kepada cukai.

Sumber: GSM Arena