Antara perkara yang menjadi bualan ialah Apple mungkin dikhabarkan menggantikan takuk skrin iPhone dengan paparan berlubang berbentuk pil untuk kamera swafoto pada skrin.
Di samping itu, Apple turut dijangka tidak lagi menawarkan model mini untuk siri iPhone 14 yang bakal keluar nanti. Tetapi mereka akan menggantikan model mini dengan model iPhone 14 Max.
Oleh itu, kita mungkin akan melihat Apple bakal memperkenalkan model Max sebagai kemasukkan baharu dalam siri iPhone 14 nanti. Jadi kita akan menyaksikan model iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max.
Sementara itu, Apple juga dikatakan hanya menggunakan chip A15 Bionic pada model iPhone 14 dan 14 Max tetapi akan meletakkan cip terbaru A16 Bionic pada versi Pro dan Pro Max.
Apa yang kita dalam lihat dalam laporan ini adalah Apple mungkin cuba untuk membezakan model iPhone versi Pro dan yang bukan Pro. Jika terdahulu, model pro dan bukan pro tidak banyak sangat perbezaannya.
Seterusnya, Apple mungkin akan mengeluarkan siri iPhone 14 dengan harga di bawah untuk setiap variasi dalam siri ini.
Anggaran harga untuk siri iPhone 14
- iPhone 14: $799 (sekitar RM3,500)
- iPhone 14 Max: $899 (sekitar RM3,800)
- iPhone 14 Pro: $1,099 (sekitar RM4,600)
- iPhone 14 Pro Max: $1,199 (sekitar RM5,000)
Ingin kami maklumkan harga-harga tersebut berdasarkan tukaran matawang USD ke MYR terkini dan ia juga masih lagi spekulasi awal. Namun, kebiasaannya perubahan harga tidaklah begitu ketara.
Sumber: iDropNews
Baca juga:
Berkaitan
- iPhone 14 - Mungkin Ini Tarikh Pelancaran Dan Jangkaan Harga
- 4 Produk Baharu Dari Apple Yang Mungkin Dilancarkan Oktober Ini
- Sebab Isu Bekalan Dan Kos, Pengeluaran iPhone 15 Mungkin Terhad
- Facebook Watch Tidak Lagi Menyokong Apple TV
- Apple, Google Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Buang Ciri Kata Laluan
- Harga Mungkin Makin Mahal, Permintaan iPhone 15 Dijangka Rendah
- iPhone 14 Mungkin Disertakan Ciri Sambungan Satelit Bagi Tujuan Kecemasan
- TSMC Dilapor Merancang Untuk Naikkan Harga Cip Mereka Tapi Apple Tak Setuju
- Walaupun Terkesan Teruk, Apple Kekal Teguh Di Pasaran China
- 2 Perkhidmatan Kewangan Apple Ini Mungkin Dilancarkan Tahun Ini