Dua peranti, Galaxy A8 dan Galaxy A8+ didagangkan sebagai model kelas pertengahan tetapi dengan harga yang agak premium dan menimbulkan sedikit tanda tanya kepada peminat Samsung.
Beberapa ciri yang terdapat pada model flagship seperti Galaxy S8 dan Galaxy Note 8 boleh kita lihat digunapakai dalam siri Galaxy A tahun ini.
Antaranya adalah skrin paparan Infinity Display, pembantu digital Bixby, serta tetapan dwi-kamera, tetapi kali ini dibahagian selfie yang menyasarkan golongan millenial.
Berbalik kepada harga pasaran yang agak tinggi itu, Jo Semidang, Pengarah Pemasaran Korporat Samsung Electronics Indonesia, mempunyai alasan bagi menjelaskan perkara terbabit.
Menurut Semidang, keluaran kali ini memberi tumpuan kepada golongan Millenials atau generasi Y dan optimis mereka akan memilih Galaxy A8 dan A8+ bukan hanya disebabkan spesifikasi dan ciri sahaja.
"Kalau kami hanya menjual ciri, nilai barang tersebut turun. Sewaktu merancang model ini, kami menyasarkan dari segi gaya hidup terlebih dahulu. Ada kriteria golongan millenials yang kami sasarkan." ujar beliau selepas acara pelancaran siri A8 di Jakarta.
Beliau menambah "Jenama itu ada nilainya, jenama Samsung ada nilai. Galaxy A8 dan Galaxy A8+ membawa suatu kebanggaan. Disebabkan itu kami meletakkan harga sedemikian."
Semidang memberitahu bahawa Samsung telah membuat kaji selidik pasaran sebelum menetapkan harga jualan dan hasilnya, pengguna berani membeli pada harga yang lebih tinggi dari yang ditetapkan.
"Samsung bukan jenama yang hanya menjual spesifikasi, secara keseluruhan kami mempunyai nilai cool, style, dan jenama. Disamping digandingkan bersama produk yang bagus dan relevan dengan keperluan pasaran." jelas Semidang.
Sumber: Kompas.com
Berkaitan
- Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Laksanakan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai
- TM Dapat Surat Amaran Akhir Daripada SKMM
- Pulau Pinang Akan Mulakan Projek Rintis Internet Berkelajuan Tinggi Menggunakan Kabel Tembaga
- Teknologi Kamera Baru Ini Bakal Bantu Kereta Pandu Sendiri Melihat Objek Yang Terselindung
- Permainan Crash Bandicoot Mungkin Dibawa Pada Peranti Android Dan iOS
- Kemaskini Windows 10 19H1 Akan Asingkan Fungsi Carian Dari Cortana
- Rangkaian Maxis Masih Yang Terbaik Di Malaysia Ketika Ini - OpenSignal
- 5 Telefon Pintar Paling Popular Di Dunia Untuk Suku Ketiga 2017
- Spesifikasi - iPhone 8 vs iPhone 8 Plus vs iPhone X
- Arctic Mode Akan Ditawarkan Pada PUBG Mobile Bermula 16 April