Ikuti kami di media sosial

Berita

Harga Bukan Isu Utama Kepada Pengguna Di Malaysia Dalam Memilih Sesebuah Telefon Pintar

ariff bukhari

Ditulis

pada

Spesifikasi dan ciri lebih menjadi keutamaan pengguna.

Menurut tinjauan dalam talian yang dijalankan secara bersama oleh Google dan Ipsos (firma penyelidikan dan perundingan pasaran global dari Paris, Perancis), faktor utama pengguna di Malaysia dalam membuat keputusan bagi membeli sesebuah peranti pintar adalah berdasarkan kepada ciri dan spesifikasi yang ditawarkan pada peranti tersebut.

Ia termasuklah jangka hayat bateri, sistem operasi dan spesifikasi dalaman sesebuah peranti. Isu harga peranti pula bukanlah menjadi keutamaan pengguna.

Ia didedahkan oleh Ketua Industri Google Malaysia, Su Ann Lim baru-baru ini. Menurut beliau, rakyat Malaysia semakin peka dan teliti dalam penyelidikan telefon pintar mereka di mana 46 peratus daripada mereka dikategorikan sebagai pengguna “penyelidik yang teliti”.

Beliau berkata, ini disebabkan oleh inovasi dalam industri telefon pintar dan akses tinggi kepada capaian maklumat yang boleh dicapai oleh pengguna di Malaysia.

-- Iklan --

Beliau menambah, rakyat Malaysia yang mahu membeli telefon pintar akan melakukan banyak penyelidikan sebelum membeli, seperti membaca ulasan telefon pintar, lawatan ke kedai, membandingkan harga dalam talian dan menonton video ulasan mengenai telefon pintar.

Selain “penyelidik yang teliti”, kategori utama lain yang membentuk 78 peratus daripada 929 rakyat Malaysia yang terlibat dalam kaji selidik ini adalah 22 peratus dikategorikan sebagai “setia kepada jenama” dan 10 peratus adalah pembelian berdasarkan kepada kedai.

Sementara itu Lim berkata, pengguna luar bandar juga semakin meningkat berikutan e-dagang kerana ia membantu memberikan pilihan yang lebih luas kepada segmen ini.

Malah didapati pengguna luar bandar membeli telefon pintar secara dalam talian adalah lebih ramai berbanding pengguna di bandar.

Beliau memberitahu, kini di Malaysia satu daripada empat telefon pintar adalah dibeli secara dalam talian. Dalam kajian tersebut didapati 27 peratus penduduk luar bandar membeli telefon pintar mereka secara dalam talian dalam tempoh tiga bulan yang lalu berbanding 23 peratus penduduk bandar dalam tempoh yang sama.

Kajian yang dijalankan juga mendapati bahawa walaupun majoriti rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar yang sama selama lebih daripada dua tahun, satu daripada dua rakyat Malaysia berhasrat untuk menukar telefon mereka dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

Sumber: Bernama

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular