Harga Baru Langganan Netflix Akan Bermula Pada 18 Mac Ini

Sebahagian daripada anda mungkin sudah sedia maklum mengenai perancangan Netflix untuk mengemaskini harga langganan kandungan mereka.

Lanjutan daripada itu, perubahan tersebut bakal dimulakan pada 18 Mac 2020. Ini adalah berdasarkan pemberitahuan yang dihantar Netflix kepada pengguna.

harga baru netflix

Perubahan harga adalah seperti berikut: pelan Basic RM33 (RM35 harga baru), pelan Standard RM42 (RM45 harga baru) danĀ  pelan Premium RM51 (RM55 harga baru). Bagi pelan mudah alih tiada perubahan dilakukan dimana ia kekal berharga RM17 sebulan.

Seperti yang dilaporkan terdahulu, perubahan harga ini adalah seiring dengan pencukaian digital yang dikuatkuasakan dalam negara.