HappyFresh Dijenamakan Semula Dengan Logo Baru

HappyFresh telah dijenamakan semula dengan menumpukan kepada pembeli milenium dengan pengalaman membeli-belah barang runcit dalam talian di mana akan menambahkan lagi kualiti pengalaman pengguna. Ini adalah selaras dengan jenama baru 'Freshly Handpicked', logo baru, bersama maskot jenama baru iaitu-Apple Boy.


Dengan penjenamaan semula itu, beg plastik yang boleh terbiodegradasi akan digunakan oleh HappyFresh untuk penghantaran. Langkah ini akan bermula di Indonesia, kemudiannya diteruskan di Malaysia dan Thailand menjelang akhir tahun ini.


Menurut David Lim, Pegawai Pemasaran HappyFresh. "Perniagaan ini berada pada momentum pertumbuhan yang meningkat ke ruang runcit dalam talian di Asia Tenggara. Penjenamaan baru ini menyediakan antara muka penting untuk peruncit untuk memfokuskan jualan kepada generasi pembeli milenial yang mempunyai permintaan yang lebih tinggi untuk kualiti dan perkhidmatan terutamanya perihal kesihatan mereka. Dengan penjenamaan semula ini, kami berusaha untuk memberi khidmat yang terbaik kepada para pelanggan. Akhir sekali, pada Julai ini, akan menyaksikan kempen dan promosi selama sebulan dan pesanan yang dibuat oleh para pelanggan akan dihantar pada masa yang lebih cepat dan konsisten daripada sebelumnya, "Kami kini mempunyai aplikasi mesej yang tersedia untuk pelanggan kami dan ianya amat berguna untuk pelanggan berwarganegara asing kerana kami telah membina ciri auto terjemahan.



Beliau turut menambah, “Kami telah menaik taraf kebanyakan peralatan yang diunakan untuk memastikan kesegaran dan kualiti makanan. Sebagai contoh, kami mempunyai beg terlindung terma untuk produk beku dan sejuk kami dan kami juga menggunakan kotak kadbod atau beg biodegradable untuk menyampaikan barangan kepada pelanggan yang mesra alam.”  


 

Berkaitan