Bermula 2 Disember 2019, semua urusan transaksi bagi pembayaran bil tidak lagi layak untuk menerima mata ganjaran GrabRewards.
Selari dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai, GrabRewards akan mengemaskini syarat perolehan mata ganjaran GrabRewards. Ini bermakna, mata ganjaran GrabRewards tidak lagi akan ditawarkan bagi pembayaran tunai untuk semua transaksi Grab selepas 15 Mac ini. Anda digalakkan untuk beralih kepada GrabPay untuk terus menikmati mata ganjaran GrabRewards.
Anda boleh menikmati mata ganjaran daripada perkhidmatan Grab dengan hanya serendah 600 mata ganjaran dimana ke semua ahli boleh menebus ganjaran bagi penghantaran makanan dan GrabTransport untuk jumlah mata yang sama.
Selain itu, Grab juga telah mengemaskini syarat tamat tempoh mata ganjaran GrabRewards yang membenarkan anda menyimpan mata ganjaran selagi anda menggunakan perkhidmatan Grab.
Anda perlu membuat satu transaksi Grab setiap bulan bagi melanjutkan tempoh sah tersebut. Apabila melakukan transaksi, mata ganjaran anda akan mempunyai tempoh sah selama tiga bulan.
Terdahulu, Grab Malaysia dijangka akan memperkenalkan GrabPay Card pada tahun ini.
Sumber: Grab
Berkaitan
- Akaun 'Rider' Yang Digantung Telah Diaktifkan Semula - Grab
- Pesanan McDonald's Melalui GrabFood Akan Ditutup Sehingga 5 April
- Kerajaan Negeri Selangor Bangunkan E-Bazar Ramadan, Kerjasama Dengan Grab Malaysia
- Grab Umum Pemberhentian 1,000 Pekerja
- Grab Nafi Kurangkan Upah Penghantar Makanan
- Grab Malaysia Bakal Perkenal 'Quiet Ride', Pilih Perjalanan Dengan Minimum Perbualan
- Grab Perkenal Perjalanan Dengan Minimum Perbualan, Ini Cara Aktifkan 'Quiet Ride'
- Delivery Hero Dilapor Mahu Jual Operasi foodpanda, Grab Mungkin Ambil Alih
- Didakwa Gantung Akaun Rider, Pengguna Mahu 'Uninstall' Aplikasi Grab
- Maybank Dan Grab Perkenal Kad Kredit Mastercard, Tawar Pelbagai Ganjaran