Hanya Satu Model iPhone 12 Dijangka Akan Menerima Sokongan mmWave 5G

Berdasarkan laporan terbaru, semua model iPhone 12 dijangka menyokong sambungan sub-6GHz 5G. Bagaimanapun, kemungkinan hanya satu model iaitu iPhone 12 Pro Max yang akan menerima sokongan 5G bagi versi mmWave.

Ruang dan bateri yang besar diperlukan bagi memuatkan sokongan mmWave. Laporan tersebut mendakwa,

"The source says only the largest phone in the line has room inside for the special antenna design required for millimeter wave and larger battery needed to accommodate millimeter wave’s significant power draw."

Sebagai tambahan, dijangka hanya 3 negara yang akan menerima iPhone 12 Pro Max dengan versi sokongan mmWave 5G. Antaranya termasuk Korea, Jepun dan Amerika Syarikat.

Bagi anda yang belum tahu, mmWave adalah versi 5G dengan kelajuan yang lebih pantas berbanding Sub-6GHz dan boleh mencapai sehingga 1 gigabit.

Sumber: Fast Company via 9to5Mac