Hanya Model iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Sahaja Disertakan Bersama Pengecas Pantas 18W

Model iPhone 11 hanya disertakan dengan pengecas berkuasa 5W yang lembab.


Apple telah pun mengumumkan barisan model iPhone 11 yang terdiri daripada 3 model iaitu iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max. Pada pembentangan tersebut Apple ada memaklumkan mereka menyertakan bersama penegcas pantas berkuasa 18W untuk model terbaru iPhone mereka.

Walaubagaimanapun jangan terkeliru, ini kerana pengecas pantas tersebut hanya disertakan bersama model iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max sahaja. Bagi model iPhone 11, ia hanya disertakan dengan pengecas kuasa 5W sahaja.

Kapsyen: Apple masih mengekalkan penggunaan sambungan Lightning pada iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max.


Tetapi Apple ada menawarkan peranti pengecas 18W itu yang boleh dibeli secara berasingan pada harga RM149.00. Cuma ia hanya menyokong sambungan USB-C sahaja.

Jadi, pengguna terpaksa pula membeli kabel USB-C to Lightning dari Apple yang berharga RM89.00 (1m).  Manakala bagi kabel yang sama sepanjang 2m pula berharga RM149.00.