Berpunca daripada pepijat aplikasi tersebut yang boleh diekplotasi untuk dijadikan senjata oleh penyerang.
Penyelidik keselamatan dari Check Point Research telah mendedahkan terdapatnya kecacatan serius yang berpunca daripada pepijat pada aplikasi WhatsApp yang boleh menyebabkan segala hantaran mesej dalam grup aplikasi tersebut terpadam kesemuanya.
Penyelidik mendakwa, isu itu boleh berlaku hanya dengan satu hantaran mesej ringkas.
Penyelidik menjelaskan hanya dengan menghantar mesej ringkas itu akan menyebabkan aplikasi WhatsApp tergantung dan gagal berfungsi sepenuhnya walaupun selepas aplikasi itu cuba dibuka semula oleh pengguna.
Sekaligus segala data yang terdapat di dalam grup WhatsApp terpadam sepenuhnya. Ini merupakan video bagaimana serangan ini boleh terjadi.
"By sending this message WhatsApp application will crash in every phone that is a member of this group. The bug will crash the app and it will continue to crash even after we reopen WhatsApp, resulting in a crash loop. Moreover, the user will not be able to return to the group and all the data that was written and shared in the group is now gone for good. The group cannot be restored after the crash has happened and will have to be deleted in order to stop the crash." Check Point Research.
Susulan daripada pendedahan itu, pihak WhatsApp telah respon dengan memaklumkan bahawa isu itu telah ditangani.
"Thanks to the responsible submission from Check Point to our bug bounty program, we quickly resolved this issue for all WhatsApp apps in mid-September. We have also recently added new controls to prevent people from being added to unwanted groups to avoid communication with untrusted parties all together." Ehren Kret, jurutera perisian WhatsApp.
Oleh itu, pengguna amat disyorkan supaya mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi terkini bagi menangani isu ini.
Sumber: Independent
Berkaitan
- Paparan Masa Salah Pada Mesej WhatsApp Anda? Ini Cara Betulkannya
- Akhirnya 4 Ciri Baru WhatsApp Yang Ditunggu-Tunggu Pengguna Sudah Tiba
- WhatsApp Menguji Ciri Mesej Menghilang Terbaru Pula
- WhatsApp Tidak Lagi Sokong Versi Android dan iOS Terdahulu Selepas 24 Oktober 2023
- WhatsApp Menjadi Platfom Untuk Ahli Dewan Rakyat Menghantar Surat Akuan Menyokong Calon PM Malaysia Ke-9
- Signal Mula Meniru Ciri-Ciri Yang Ada Di WhatsApp
- WhatsApp Akan Memuatkan Pilihan Baru Pada Tetapan Privasi Terakhir Dilihat, Foto Profil Dan Info
- Jom Muat Turun 6 Set Pelekat Terbaru Aplikasi WhatsApp
- WhatsApp Menambah Baik Ciri Hantar Mesej Pada Diri Sendiri
- Ini Cara Sembunyikan Status “typing...” Ketika Menaip Mesej Di WhatsApp