Hanya 80 Daripada 250 Aplikasi Antivirus Di Google Play Store Adalah Efektif

Kebanyakan daripada pengguna telefon pintar pasti ada memasang aplikasi antivirus pada peranti mereka. Ini kerana bagi pengguna, ia dapat membantu telefon mereka daripada diserang virus atau perisian yang tidak diingini dan mampu memberi kesan buruk kepada peranti.

Namun hakikatnya, ia bukanlah seperti yang dijangka. Menurut kajian AV-Comparatives, hanya sekitar 80 daripada 250 aplikasi antivirus di Google Play Store yang berkesan. Ia adalah bersamaan dengan 32% daripadanya sahaja.


Kredit: AV-Comparatives

Ketika diuji, hanya 80 aplikasi(dalam gambar di atas) sahaja berjaya mengesan sekurang-kurangnya 30% daripada 2000 malware yang diberikan tanpa sebarang amaran palsu.

Manakala aplikasi-aplikasi lain pula hanya mengesan kurang daripada 30% malware atau memberikan amaran palsu dengan kadar yang tinggi.

Dalam pada itu, aplikasi-aplikasi antimalware daripada 32 pembangun berbeza telah pun dibawa keluar daripada gedung Google Play Store sepanjang dua bulan lepas.



AV-Comparatives membayangkan bahawa sebahagian besar daripada aplikasi yang gagal menepati piawaian ini akan dibawa keluar dari Play Store dalam beberapa bulan mendatang.

Mereka juga menasihatkan pengguna untuk memuat-turun aplikasi antivirus daripada pembangun terkemuka sahaja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada peranti anda.

 

Sumber: AV-Comparatives via Wired