Google dalam blog terbaru mereka memaklumkan status terkini tentang servis sembang sosial mereka iaitu Hangouts.

Google memaklumkan, Hangouts akan ditamatkan perkhidmatannya dan pengguna servis itu akan dipindahkan ke servis terbaru iaitu Chat.

Sama seperti Hangouts, Chat akan dilengkapi dengan ciri like direct, emoji dan mesej grup. Chat akan ditawarkan secara percuma menerusi aplikasi sendiri dan ciri terbina dalam aplikasi Gmail.

Untuk itu, Google menyatakan bahawa mereka akan membantu pengguna memudahkan proses peralihan aplikasi tersebut dengan penyedian panduan lengkap kepada pengguna.

IKLAN

We’ll share more specific guidance on what steps you can take when we begin the transition process.” Google

Antara kelebihan utama Chat adalah ciri keselamatannya yang dilengkapi dengan ciri perlindungan dari teknik phishing, sama sepertimana ciri yang ada pada Gmail.

“…if a link is sent to you via Chat, it will be checked against real-time data from Safe Browsing and flagged if it’s found to be malicious.” Google

Chat dijangka akan ditawarkan pada semua pengguna seawal separuh pertama tahun 2021 nanti.