Hampir Setengah Bilion Among Us Dimainkan Pada Bulan November

Berdasarkan laporan daripada SuperData, hampir setengah bilion pemain aktif dalam permainan yang sangat popular pada tahun ini iaitu Among Us pada peranti mudah alih.

Angka ini juga secara tidak langsung mengalahkan permainan seperti Pokémon GO dan Candy Crush Saga. Ia juga adalah permainan yang sangat popular yang pernah ada dalam jumlah pemain yang memainkan dalam satu bulan.

Kejayaan ini patut dipuji kerana InnerSloth adalah syarikat yang hanya terdiri daripada empat orang kakitangan. Turut terbukti permainan ini berjaya setelah membatalkan sekuel Among Us 2 dan memfokus serta menambahbaik permainan yang sedia ada.

How to play Among Us: Beginner's guide, tutorial, and frequently asked  questions

Menurut penganalisis dari SuperData melalui The Verge mengatakan jumlah pemain aktif bulanan kebiasaannya hanya mencapai 300 juta pemain.

Sebelum ini juga, Among Us mencatat 400,000 pemain di Steam yang mengalahkan permainan battle royale terkenal iaitu PUBG.

Namun, hanya 3% sahaja pemain yang memainkan Among Us di platform PC dan selebihnya menggunakan telefon pintar. Ini juga disebabkan permainan ini percuma dan Among Us di Steam bernilai RM12.50.



Tambah SuperData, permainan Cyberpunk 2077 dimana permainan yang paling digembar-gemburkan sepanjang zaman turut mencapai jumlah jualan tertinggi dimana setakat ini, ia sudah terjual 13 juta salinan pada bulan ini sahaja.

Walau bagaimanapun, Among Us menunjukkan bahawa permainan yang mudah dan percuma mampu menarik minat pemain di dunia. Malah, Among Us pun baru sahaja mendapat anugerah dalam The Game Awards 2020 baru-baru ini.

Sumber: SuperData, The Verge