Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
takuk iPhone 13

Hampir 26% Pengguna iPhone Lari Ke Peranti Android

Diterbitkan Jun 7, 2021 oleh ariff bukhari

Di era pandemik yang menyukarkan, pengguna pastinya mencari sesuatu peranti yang lebih bernilai dan mampu dimiliki mereka.

Jadi mungkin sebab itulah dalam dokumen dalaman Apple tentang penyelidikan analisis dan pasaran mereka menunjukkan hampir 26% pengguna iPhone telah beralih kepada peranti Android.

Hasil penyelidikan Apple itu mendapati semenjak suku ke-3 tahun 2019 hingga suku ke-3 tahun 2020, pengguna iPhone yang beralih kepada peranti Android adalah sebanyak 19%, 14%, 26%, 26% dan 12%.

Peralihan tertinggi pengguna iPhone kepada peranti Android dilaporkan berlaku antara suku pertama dan suku ke-2 tahun 2020 lalu.

Data itu sekaligus menunjukkan bahawa kesetiaan pengguna iPhone tidaklah sepertimana yang digembar-gemburkan.

Pada satu masa pastinya pengguna akan mencari peranti yang lebih lebih mampu milik dan berbaloi untuk wang mereka.

Sumber: HardWare Zone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Mengenai Ujian Sistem Amaran Bencana Pada 19 November Adalah Palsu - MCMC
  • Malaysia Minta Penjelasan AS Berhubung Sekatan Cip AI, Siasat Dakwaan Eksport Semula - Johari
  • Nvidia Umum Hentikan Penghantaran Cip AI 'Hopper' Ke China
  • Kabel Optik Teras Berongga Hantar 128 Tbps Data Sepantas Cahaya Lebih 1,000KM
  • MCMC Minta Penjelasan Anthropic Berhubung Dakwaan Claude Diguna Untuk Pengaruhi Pengundi Malaysia
  • Saintis Cipta Sikat Elektronik Bantu Anda Tumbuhkan Semula Rambut
  • Robot Humanoid Di China ‘Berguru’ Dengan Manusia, Mula Lakukan Tugas Ringkas
  • Xiaomi Lancar 3 Peranti Boleh Pakai Baharu Di Malaysia, Harga Promosi Serendah RM199
©2026 WISER.MY