Halo - Powerbank 20,000mAh Ini Boleh Mengecas Penuh iPhone Sebanyak 7 Kali

Penggunaan telefon masa kini telah banyak berubah berbanding dahulu. Jika imbas kembali suatu ketika dahulu, kuasa bateri telefon mampu bertahan sehingga beberapa hari.

Namun kini dengan adanya pelbagai fungsi dan aplikasi, bateri sedia ada tidak mampu bertahan lama seperti dahulu.

Melihat kepada permasalahan itu, powerbank telah dicipta dengan tujuan memberikan "nyawa" tambahan kepada peranti.

Antara ciptaan powerbank terbaru adalah Halo.

Melaluinya, pengguna tiada lagi masalah kekurangan bateri telefon kerana Halo mempunyai kapasiti kuasa sebanyak 20,000 mAh, dan mampu mengecas penuh iPhone sebanyak 7 kali.

Pengecasan tanpa wayar, terbina dengan pengecasan solar dan dilengkapi dengan lampu LED menjadi Halo sebagai Power Bank yang serba boleh di dunia.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Halo Power Bank membolehkan anda mengecas 4 peranti dalam satu masa, 3 telefon menggunakan USB dan 1 telefon menggunakan pengecasan tanpa wayar. Halo juga boleh digunakan oleh semua jenis peranti android dan apple.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


 

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Selain peranti telefon, GoPro Hero 6, Nintendo Switch dan Sony RX100v juga boleh dicas menggunakan Halo. Peranti samsung boleh dicas sebanyak 6 kali bergantung kepada mAh telefon tersebut.

Power bank ini disokong dengan ciri kalis air dan tahan habuk. Jadi tidak perlu risau sekiranya power bank ini termasuk atau terkena air. Ia juga dilengkapi dengan lampu LED yang boleh digunakan sehingga 70 jam, mempunyai 3 mode cahaya serta sos lampu suluh yang boleh digunakan sewaktu kecemasan.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Anda boleh menggunakan Halo Power Bank di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ciri-ciri yang terdapat dalam Halo ini, menyebabkan anda perlu memilikinya. Walaupun begitu, Halo Power Bank masih lagi di peringkat pengeluaran.

Sumber: Indiegogo