Untuk meraikan kedatangan Huawei MateBook D 15 di Malaysia, Huawei telah melancarkan pembelian melalui pra-pesanan dalam talian pada hari ini dengan stok yang terhad. Anda boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,287 yang terdiri daripada Microsoft Office 365, tetikus Bluetooth dan Huawei FreeBuds 3 dengan membuat pra-pesanan MateBook D 15 di HUAWEI Vmall.
Anda juga boleh mendapatkan hadiah percuma ini semasa pelancaran jualan Huawei MateBook D 15 pada 18 Januari 2020. Lokasi jelajah akan diadakan di empat lokasi iaitu IOI City Mall, Sunway Pyramid, Queensbay Mall, dan Imago Mall, Sabah.
Huawei MateBook D 15 boleh didapati mulai 18 Januari 2020 dengan harga RM 2,499. Warna yang tersedia ialah Mystic Silver dengan 8GB RAM, 256GB SSD dan 1TB HDD. Ia juga menawarkan tiga port USB (1x USB 3.0 dan 2x USB 2.0), sebuah bicu set kepala 3.5mm, dan port HDMI.
Berkaitan
- realme UI 2.0 Akan Diperkenalkan Pada 21 September Ini
- Pesanan Produk Di Tab TikTok Shop Tidak Lagi Dikecualikan Yuran Komisen Pasaran
- POCO C3 Akan Dilancarkan Pada 6 Oktober Depan
- Google Search Mungkin Tidak Lagi Percuma Sepenuhnya
- Google Akan Gunakan HTTPS Untuk Navigasi Secara 'Default' Bermula Chrome 90
- Apple Watch Series 6 Diperkenalkan, Harga Bermula RM1,749
- Aplikasi Zoom Berhadapan Dengan Isu Keselamatan Dan Pendedahan Data Pengguna
- Celcom Tawar Pas Internet RM20/Sebulan Dengan Pakej Data 15GB
- Xiaomi 14 Ultra Kini Rasmi - 4 Kamera 50MP, Dua Telefoto, 5x Zum Optikal
- Nothing Phone (2) Sah Dijana Cip Snapdragon 8+ Gen 1