Guru Akui Teknologi Membantu Mereka Dalam Menyampaikan Pembelajaran Dengan Lebih Baik

Keputusan bagi satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan majoriti guru di sana percaya dan mengakui bahawa teknologi telah membantu mereka dalam menjalankan tugas harian sebagai pendidik.

Kajian Pembelajaran Dengan Teknologi 2018 itu telah dijalankan dan keputusannya telah diterbitkan di laman sesawang Campus Technology. Menurut mereka, 44% daripada responden bersetuju bahawa teknologi membuatkan tugas mereka lebih mudah. Malah 29% responden lagi berpendapat yang ia telah menjadikan tugasan mengajar jauh lebih mudah.

Kredit : Campus Technology


Bagaimanapun, kajian berkenaan turut mendapati bahawa jumlah responden yang risau akan kesan buruk peranti digital kepada kesihatan mental dan fizikal para pelajar. Ia dibuktikan apabila 19% daripada mereka memberi pandangan negatif kepada teknologi.

Walaupun kajian ini memberikan pandangan positif kepada teknologi, ia tidak bermakna kita boleh membiarkan anak muda terutamanya kanak-kanak bebas menggunakan peranti teknologi tanpa kawalan. Ini kerana setiap yang baik, pasti ada keburukannya juga.

 

Sumber