Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Gunakan Telefon Pintar Anda Sebagai Alat Kawalan Jauh Melalui Google Slides

Posted on Disember 4, 2017Disember 4, 2017

Google sudah mempunyai perisian atas talian yang membolehkan anda membuat pembentangan secara mudah melalui Google Slides. Aplikasi ini boleh didapati di dalam Google Play Store sekarang.

Pernahkah anda menghadapi situasi anda perlu memegang tetikus bagi menukar ke slide seterusnya? Sekarang melalui sambungan pelayar yang dibangunkn oleh seorang pembangun dari Malaysia, Henry Lim, peranti telefon pintar anda juga boleh ditetapkan sebagai alat kawalan jauh untuk menukar slides anda.

Remote for Google Slide merupakan nama sambungan tersebut yang bleh didapati di Chrome dan Opera. Anda cuma perlu mengubah URL dalam Google Slides anda dan ia akan memaparkan kod yang akan digunakan untuk peranti telefon pintar anda.

 

Mungkin anda mahukan markah yang lebih dari segi persembahan dan cara ini mungkin dapat menambat hati para penonton yang menyaksikan pembentangan anda. Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress