Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Gunakan Kamera Untuk Tukar Data Di Kertas Kepada PDF

Posted on Ogos 27, 2019

Kebiasaannya kita menggunakan ciri imbasan pada pencetak untuk mengubah data dari kertas ke dalam bentuk dokumen digital seperti PDF. Namun begitu, kadangkala kita mungkin berada di tempat yang tidak mempunyai sebarang kelengkapan tersebut dan mahukan data dalam format PDF secepat yang mungkin, salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan Google Drive.

Selain berfungsi sebagai storan, memudahkan perkongsian fail dan menyeragamkannya pada peranti lain, Google Drive turut mempunyai ciri menukar gambar yang diambil kepada format PDF.

  • Pertama sekali buka aplikasi Google Drive dan tekan simbol “+“.

  • Selepas itu pilih Scan, kamera akan diaktifkan dan ambil gambar seperti biasa.

  • Paparan berikutnya memberikan anda kebolehan untuk menyunting dokumen yang diambil itu seperti crop, pilihan warna, orientasi kertas dan lain-lain.

  • Dokumen tersebut akan disimpan didalam Google Drive, memudahkan anda mencarinya semula serta membuat perkongsian pada yang lain.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress